Wednesday, 14 December 2011

Dari sungkai ker kuala lumpur ker port dickson.

Assalamualaikum. Oh Tengoklah muka saya yang bajet bajet comel ni. Oh kejap bukan bajet tapi memang comel bukan. Hurhur menjengkelkan gilakan tajuk entri saya kali ni? Kalau boleh semua nama negara negeri saya nak tulis. Tapi masalahnya tak boleh. Maaf blog saya tinggalkan awak lagi. Bulan ni baru sekali ja saya update blog. Kesian awak :/ Okaylah harituh sedara mara saya datang rumah habis riuh gila. Tapi bila dorang dah balik saya jalani hidup saya seperti biasa. Kesunyian :|
Berbalik kepada cerita tadi semua sedara saya dah ada dekat kuala lumpur tapi ai dengan wani pergi pwct sehari tidur dekat sana sebab nak tengok mak ude ai amik ijalzah. Tak payah nak cerita panjang panjang lah. Mari tengok gamabr mari 


Mak ude saya ni sukalah pandang tempat lain. Kalau tak naik tempat lain mesti tutup mata hurhur. Sabar jalahlah. Tapi walaupape pung saya tetap sayang dia hmmm...Lepas selesai ja convo ude terus balik rumah saya balik. Duduk rumah bosan takda buat apa saya ajak abby pergi main bowling then tetiba sedara saya semua nak ikut. Tak kan tak bagi mestilah dialu alu kan. Lagi ramai lagi meriah bukan?
Semua ada enam orang abang naik motor. Ai, Abby, wani dengan usop wheelcha naik kereta.

Abaikan orang belakang yang pakai baju hitam tuh.
Oh Ya tengoklah lagat dua beradik ni. Hehe takda papa pungg sebenarnya. Okay lepas dah habis tuh markah dia jadi camgini.
 Patutnya saya dah boleh kalahkan abang saya dah tapi tetibe akhir akhir dia boleh strike dua kali. Betulah orang kata Hero selalu kalah dulu. Tapi saya tahu abang saya bukan hero. Itu nasib ja tuh hurhur.Esoknya saya pergi ke port dickson dengan sedara mara saya. Hmmmm Okaylah saya ngantok leww esok saya sambung balik okenggg? Assalamualaikum.

Wednesday, 7 December 2011

December. Pls be nice to me.

Sweet tak saya pengang tangan Fika Pika camgini. Serius ni candid. Saya tak tau pung gambar ni dorang amik tau tau dah ada dalam facebook. Hurhur

          Assalamualaikum. Wah lamanya saya tak mengupdate blog. Kesian blog saya dah berhabuk dah dia. Oh blog sorry lah saya bukan tak nak update tapi keadaan tak mengizinkan. Saya sibuk mengalahkan perdana menteri tau. Awak kenalah faham. Kstop mengaruttt. Minggu lepas punya minggu lepas kan kan saya ikut Fika pika pergi melaka.Okay melaka ja. Hm walaupun melaka ja bukan senang tau mak saya tuh nak bagi. Tapi kali ni dia bagi memang seronok gila vavi lahkan. hurhur

Okay kalau nak cerita panjang panjang pung tak boleh jugak kan. Sanggup kerr baca pungg. So saya letak gambar banyak banyak biar korang tengok sampai lebam okengggg?
Oh tak lupa juga. Oleh kerana saya pergi melaka tuh saya dapat sorang kawan baru. Lepastuh saya dapat tiga adik lelaki yangggg oh Sangat nakal!!

Melaka sangat awwwww-Some bagi saya. Walaupun banyak benda yang malang jadi. Duit tertinggal dekat rumahlah. Sya salah bawak bajulah. Huh macam macam.

Inilah budak nakal tuh. Sepatutnya ada lagi dua orang. Tapi abang abang dia tah pergi mana tah. Lagipun abang abang dia malu sikit. Dia ni err entah lah. Tapi saya seronok. Sebab rasa lah jugak ada adik macam mana kan. Walaupun kejap :/ Hmm tengoklah muka saya tuh. Macam orang gila senyum kan? Menakutkan siot. Masa tuh panas gila. Dengan jerawat berlambak dekat muka. warghhhhh. sampai ada pakcik mana tah cakap waaa, apsal dengan muka tuh? Jerawat eh? Tak ape dah naik cruise tuh kan? Lepas ni elok lah tuh.
Eh aku berbulu ja pakcik tuh cakap. saya belah camgitu jeh. Dalam hati nak ja cakap pakcik baik pakcik diam kang saya ongbak kepala pakcik kang. Dahlah panas ni! Tapi saya sabar maklumlah bakal ustazah pilihan seterusnya ni. Hurhur sila muntah. Okay 10 dec ni Fika pika pulak ikot saya pergi Pd @ port dikcson. Oh dah lama gila tak pergi sana. Best nyaaa best nyaaa. Tak sabar wok. Okay cukup sampai sini k? Assalamualaikum.




Friday, 25 November 2011

Kejadian di bank.

     Assalamualaikum. Hmm rasa dah lama gila tak update blog. Acehceh lama kerr lama lew jugak. Adalah dalam seminggu. Eleh seminggu ja orang lain sebulan tak update blog tak bising pun. Okay okay tak payah bising bising. Cuti sekolah kali ni macam tak best lah. Haih dengan result teruk gila. Tak tahu nak nak kata lagu mana. Memang teruklah. Mesti turun kelas lagi. Memang bagus kan? Lepas tuh cuti ni kena duduk kampung ja. Wadehell. Macam mana saya nak online?!! Masa tuh empat hari tak online pungg dah macam orang meroyang hilang laki. Okay itu tipu.

Okay act tajuk entri saya takdalah pasal kes kes berkenaan perompakan di bank kerrr. Oh tidakk jauh sekali jauhhhh.Saya tak pernah alami lagi kejadian seperti itu. Hmm act masa tuh saya pergi teman opah tercinta ker bank. Maklumlah saya ja cucu yang boleh diharap. Cewah akan bakul sendiri. Takdalah semua cucu opah saya baik baik belaka. *Tangan dekat dada mata pandang atas*
Biasalah bank kan mesti kena amik nombor dulu. Lepastuh tunggu lew sampai giliran. Masa tengah tunggu tuh orang sebelah saya ni perempuan. Ya Allah tak habis habis bergosip. Biasalah perempuan dengan perempuan. Yang aku ni pulak pasang telinga. Act saya tak nak amik tahu pun. Tapi percakapan dorang tuh macam nak bagi satu bank dengar cerita dorang. Saya sabar ja.Apa yang dorang cerita tuh tak ptut kot saya cerita dekat sini. Biarlah diaorang. Semoga Allah selamatkan dia. Insyallah.
Ceh baik pulak


okay siapa tengok cerita ni angkat tangan. Eheh kita samalah. Hari hari saya tunggu nak tengok cerita ni. Lakonan ady putra memang sangat sangat menjadi. Taniah taniah. Memey lew dia kan pelakon. haih apalah. Nora danish pun cantik pakai tudung. Hewhew. Hmmm tak perlu lah saya nak bagi sinopsis dia kan? Siapa suka tengok.Tak suka pergi jauh jauh ya? Jangan dok mencaci. Macam indonesia yang dah kalah tuh. Okay malas nak cerita pasal ni. Okaylah geng. Assalamualaikum.

Saturday, 12 November 2011

Kita ada laptop baru. Kau hado?

   
 Assalamualaaikum. Entri aku kali ni macam nak kena penampor pungg ada jugak. Eh biarlah. Blog aku tak suka main jejauh ya adik adik. Tak payah dok baca. 

Tadi main badminton dengan Fika pika. Memulanya dia menang. Okay tak apa baru set pertama cool ja. Set kedua mestilah aku menang. Hew hew hew bajet seketika. Set ketiga siapa yang menang??? Well ofcouse lah me. hihi belajar 100 tahun lagilah baru boleh kalah kan aku. Lee chong wei pungg kalah tau. 
Okaay tipu. Ramai ramai boooooooo!! Ewww Booooooooo! Haha
Balik ja dari main badminton. Nampak benda aneh aneh. Tapi aku kenal benda alah tuh. Laptop. Oh bukan laptop, Notebook ja. Tak apa tak apa. Aku tanyalah mama camgini

Me:Ma, siapa punya notebook ni? Baru beli kerr? Untuk siapa ma?
Ma:Notebook kamu lewww. Nape tak nak kerr? Tak nak mama amik.
Me: I'm like Ohmaygod :O betul kerr la punyaa?  Wah sayang mama sangat sangat.
                                                     Ma: Dah dapat notebook tuh baru lah nak sayang.

Hihi. Oh jom usha jom notebook baru kuuuu. Okay bangga gila -.-" 
Tengok. Eden tak bukak lagi dia punya screen cover tuh. Haha sayang seyh. Hmmm lelama nanti bukak jugak. Lepastuh abang aku tengok notebook baru aku. Kononnya nak bajet bajetlah depan dia. Alih alih dia cakap camgini. Hahaha notebook ja kerr? Aku dah lama ada laptop lah weh. Tak heran punggg. Sikitt punng tak heran. Sambil aku buat muka annonying -.- aku cakap eheh mamat ni kang aku cepuk jugak kang. Jeles cakap jeles weh. Dia terus masuk bilik. Wadehell.
So untuk notebook lama. Goodbye romeo lah.Tengok sampai tampal tampal wayar mouse sebab malas nak beli baru buat habis duit ja. Hewhew. Kantoi pulak bukak facebook. Hmm tuh ja untuk hari ni. Assalamualaikum.

Friday, 11 November 2011

Jamuan Akhir Tahun.

Assalamualaikum. Hari ni hari terakhir saya sebagai budak tingkatan dua. Oh so shad. Hihi sad act. 

Tau lah taulah. Hmm takutlah kalau kalau saya turun kelas. Dahlah ada satu failed dalam tangan. Semua salah math. Tengok sekarang saya dah gagal. Lepas tuh semuanya C dan D ja. Haish apalah nak jadi kau ni. Tahun depan pmr atau lebih dikenali penilaian menengah rendah. Hmm tahun depan jangan nak berharap
sama kelas dengan syuhaiza lah. Dia semua result bagus bagus belaka. Bahasa melayu dialah paling tinggi. Wadehel.Hihihi Cukuppppplah. Oh tadi ada jamuan akhir tahun. besh besh besh sangat sangat. Hewhew.

Ada yang main tukar tukar hadiah lah. Oh kelas saya makan Kfc. hmmm okay kfc ja.
Kelas lain saya tengok ada yang makan mekdi lah. Domino pizza lah. Macam macam. Hewhew.Hmm okay malaslah nak cerita bebanyak. Tengok gambar ja okenggg?

Ini budak budak lelaki yang datang. Hmm act banyak lagi. Tak taulah dorang pergi mana. Like i care?

Okay perempuan lah yang kena siap siapkan makanan cantik cantik dekat meja.
Oh tak lupa juga bergosip. Hewhew


No comment. Tapi muka cikgu sayalah paling gangster. Hewhew
Hmm akhir kata dari saya untuk semua bebudak 2 ehsan saya akan ingat awak awak semua. Insyaallah kita boleh lagi jadi kawan walaupun tak sama kelas kan? Dan saya harap akan sama kelas dengan awak awak sekalian sekali lagi. Jumpa tahun depan okeng? Wah sho shad. Sobs sobs
I will always love you all. Okengggg?
Assalamualaikum.
Oh nanti saya upload gambar dekat facebook yerrr? Sabar okeng?



Tuesday, 8 November 2011

Hmmmmm. I'm flu

Assalamualaikum.Keadaan saya sekarang tak menentu. Cewah. Hmmmm hingus dari tadi tak habis habis meleleh leleh. Mata saya macam stem stem ja. Mata saya juga rasa sakit macam tak boleh bukak. 
Oh Why this happen to meee?
Dah nak habis sekolah lah baru dia nak demam.Hmmm tak baik merengek.
Haih dugaan dugaan.

Tadi saya rasa saya okay jeh. Siap boleh pergi jejalan lagi dengan Fika Pika and meiri lagi. Kenapa ianya belaku dengan cepat? Saya agak pelik. Betul kata orang kalau nak sakit tuh tak kira masa. Orang manalah yang kasitahu saya camgitu. Eh salah bukan orang tapi Tv singkatan dari Television. Betul kerr saya eja tuh? Hhaha
Hihi pening pening pung boleh update blog yerrr? Habat kau nabila hebat.


 Saya tak tahu kenapa saya letak gambar Shirota Yuu sekali. Mungkin saja nak gedik gedik. Okay aku gedik ada masalah? Tak suka boleh main jejauh okenggg? Hihi emo tetiba.
Hmmmm sejak akhir akhir ni kan saya rasa macam minat korea pulak. Oh nooo saya bukan minat penyanyi penyanyi macam Super Junior kejadah tuh. Oh no no no. Tolong jangan fikir yang tuh. I mean cerita cerita korean lewww. Hewhew apalah awak ni. 

Ini semua salah fika pika dia bagi saya tengok cerita korea sampai enambelas episode.
Mana tak minatnya. Haih abang aku sampai cakap 
A: Wadehel kau pung dah minat korean?
Me:Mana ada aku minat aku minat cerita dia jehlah.(tak sama kerr?haha)
A: Yelah tuh kawan aku pung dulu cakap minat cerita lepas tuh sampai download lagu lepas tuh sampai sekarang jadi peminat Fanatic. Habislah lepas ni kau pulak. Haih

Hmmm Konklusinya sekarang salah ka saya minat cerita cerita korean?
Tak salah bukan?Itu hak saya. Sukahati eden lah nak minat apapun. Haih marah ni marah ni.
Okay lah geng. Saya perlukan rehat sebab esok saya kena pergi sekolah.
hmm Assalamualaikum.



Sunday, 6 November 2011

Selamat berbahagia. Harhar

              Saya guna aku.



Act aku nak buat entri ni dari minggu lepas lagi. Tapi disebabkan exam aku terpksa
tangguhkan dulu hasrat dihati ini. Haih okay ker tak result exam aku tuh? harap harap dia baik baik jeh lewww. hewhew Okay lupa kan pasal hal tuh.

Apa macam gambar dekat atas tuh. Hihi ayat ayat dialah paling tak boleh belah
idea aku pada mulanya tapi di tambah tambah oleh Fika pika.

Pada ahad minggu lepas jatuh pada tarikh 30.10.2011
kakak sedara aku telah selamat diejabkabulkan bertempatkan di dewan datuk razali, ampang.
Ceh, Siapa tahu? Pergilah mesti sekarang dah kosong. Harhar tak kelakar -.-

Mulanya best jeh tapi sampai saat saat tangkap gambar cam cibai sikit. Bukannya apa aku cuma geram dengan kakak kakak photograper. Tahulah camere dorang semua mahal mahal.
Kalau nak dibandingkan dengan nikon d3100 aku ni. Tapi agak agak lah
bagilah can untuk orang lain tangkap gambar jugak. Ni tak semua kau nak kongker pun tak boleh jugak.Kan aku dah emo. Hihi biarlah dah lepas dah pung. 

Ni gambar gambar dia. Hewhew


Tak kan lah ini jeh. Hewhew kejap kejap ada lagi. Tengok lah sampai lebam.
*Nak menguploadnya lambat bebenor*


Okay meh kita tengok pengantin duduk dua dua atas pelamin. Omaigad so sweet.
Aku pulak bila eh. Hewhew gatal. 

Okaylah. Sampai situ jeh. Oh ya tak lupa juga 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Kepada semua umat islam.
Assalamualaikummmmmmmmmmmm.





   
             






Friday, 28 October 2011

Tips hilangkan rasa sedih.


  Assalamualaikum pembuka bicara. Cewah macam nak berpidato pulak, amcam sweet tak gambar dekat atas ni? Ada macam pasangan hangat bercinta tak. hmm maybe

Tujuan utama saya mengupdate blog harini adalah untuk hilangkan rasa sedih
Nur syuhaiza bin dahari opss silap Binti act. haha

Marilah kita mulakan sebelum hati makin gundah gulana.
jiwa makin tak tenteram. Ohhh nooooooo. okay tetibe -.- Abaikan abaikan

Tips pertama
1.Muhasabah diri.
Mohon ampun pada Allah swt atas dosa dosa kita selama ini. Jangan sekali kali
merengek macam budak kecik dan cakap tak ada tempat mengadu.
Yakin dan bersabar, Lepaskan apa yang terbuku dihati. Allah swt maha mendengar.

Tips kedua
2.Ketawa ketawa dan terus ketawa.
Bukan ketawa yang dibuat buat, tapi ketawa yang benar benar mengembirakan
dan menjadikan anda gembira.Contohnya Tengok video yang kelakar, Dekatkan diri
dengan rakan rakan yang kelakar like me . Hew hew hew ketawa dapat menghilangkan
sedih. Buat apa layan perasaan sedih tuh?
Sedangkan ketawa lagi menyeronokan. Oh come on.

Tips ketiga.
3.Berkongsi kesedihan
Okay, berkongsi kesedihan juga dapat mengurangkan kesedihan.
Percayalah wa tak bohong sama lu. 
Wa cuma auta jeh. hew hew takdalah

tips keempat.
4.Memaafkan
Hmmm, jika kesedihan anda berkenaan dengan sikap atau perbuatan
seseorang, memaafkan adalah kunci kepada ketenangan jiwa.
Insyaallah

tips kelima.
5.Menjerit dan menangis.
Okay tips ni juga mungkin dapat membantu. Menjerit dan menangis adalah
paling sesuai untuk hilangkan rasa stress. Eh aphal stress pulak ni?
Hmmm.. iyalah bila dah sedih mesti jadi stress kan kan kan?
Tapi jangan pulak pergi jerit dekat tengahtengah shopping komplex, tak memasal
orang cakap korang gila kang. hew hew hew

tips keenam.
6.Ambil masa untuk diri sendiri.
Ya, kita juga perlu ambil masa untuk diri sendiri. Tinggalkan kawan kawan sementara,
Berseorangan dan bertenang.Ambil masa fikir masalah yang dihadapi.Ketenangan
perlu ada dalam membuat keputusan.

Cukuplah sampai situ, dah habis dah tips tipsnya. Hew hew so kepada syuhaiza
mungkin tips tips ini tak banyak membantu tapi aku harap dapat membantulah. eh macam mana tuh? Hahaha Aku tak suka tengok kau sedih sedih.
Aku nak kau gila gila macam dulu barulah boleh ngam dengan aku. hihi aku harap
kau cepat berbaik dengan baby balik. Aku percaya baby tak akan tinggalkan kau :) sooooooo be happyyy okay?

Okay itu jelah. Assalamualaikumm~


Saturday, 22 October 2011

I Hate Justin Bibir!

     
      Hahaha Assalamualaikum. Entri saya kali ni tentu tentunya pasal 'Justin Bibir'. Maaf kepada peminat peminat Justin bibir sebab saya memang sengaja eja nama dia camgitu. Jangan lah marah sangat yerr? Okay act saya tak pernah tahu pun kewujudan Justin bibir ni sampai lah satu hari Syuhaiza anak dahari bagi saya dengar lagu 'Baby' pada mulanya saya dengar Oh, okay jugak perempuan ni nyanyi kan? Syu cakap weh, ni bukan perempuan nyanyi lewww -.-" Ni lelaki. Apalah deyy. Oh lepastuh saya macam :O Sekali dengar sebijik gila kot macam perempuan. Sejak dari tuh saya tak pernah nak amik tahu pun pasal Justin bibir tuh sampai lah orang dok heboh heboh yang Justin bibir tuh nak datang malaysia.
 
        Sejak tuh saya mula dengar lagu lagu dia. Hmmmmm saya pun tak tahu apa motif saya dengar. Haha. Mungkin sekadar minat. Hmmmm saya pun stalk lah video berkenaan justin bibir ni. Then saya terjumpa video yang agak biadap. Korang tengoklah sendiri.


   Okay dah tengok? Dah tengok kan? Apa perasaan korang bila retiss yang korang minat gila gila tuh buat camgini dekat korang? Memang lah salah camere tuh jugak. Tapi patut kerr retiss yang terkenal cam gitu buat camgitu dekat peminat dia! Patut ker patut ker? Ish tak patut tak patut. Memang kalau saya jadi perempuan tuh saya tampar jeh bibir tuh. Haishh tuh kalau saya lah. Hihi *gebang* Tak cukup dengan video tuh saya jumpa lagi video lagi satu. Korang mesti tengok!!


     Okay video ni saya rasa dia macam bajet gila. Bagi saya lewww. Kalau korang rasa tak. Tak lah tapi bagi saya 'Ya dia nampak bajet gila'. Saya takda langsung rasa dengki dekat bibir mahupun untuk jatuhkan dia. Cewah lagi pun sapa lew saya nak jatuhkan dia kan?  Cuma bagi saya bibir ni tak tahu hargai peminat. Memang betul ada video yang nampak dia baik macam video clip Pray. Perghhhh dalam tuh baik gila tapi dekat luar macam haram. Apalah salahnya dia senyum dekat peminat peminat dia tuh. Tak rugi punlah. Kalau takda peminat kau tuh kau takan naik lah bibir oi. Hahhaa tengok saya dah emo dah.

       Okay lah kalau dia tak nak hargai peminat peminat dia tuh pun tak apa tapi tolong hormat agama orang lain. Itu pun nak kena ajar kah? Dia cakap setan lagi berkuasa dari pada tuhan?hmmm mungkin tuhan dia. 


    Hal nih saya tak nak besar besarkan sebab saya sendiri tak tahu cerita sebenarnya!


       Okay saya mintak maaf kepada peminat peminat justin bibir jikalau tersakit hati dengan entri kali nih dan saya juga mintak maaf kerana sengaja eja nama dia camgitu. Hewhew suka hati akulah. Tak suka boleh belah main jauh jauh. Emo lagi. Maaf maaf! Cukuplah pasal bibir nih. Oh Cukuppppppppppppp! Assalamualaikum.

P/s: Doakan saya untuk exam hari khamis nih. Math dan agama dan selesai ada lagi enam subject jeh. Bilalah nak habis nih. Hew hew hew.

     
     

Thursday, 6 October 2011

My routine.

        Assalamualaikum kepada adik adik sekalian yang dihormati lagi dikasihi. Cewah macam nak berpidato pun ada jugak ni. Haha, okay sekolah saya bagi cuti 5 hari sempena pmr ni. Memula memang lah best. Oh memang best gila lah nak pergi situ nak pergi sini. Bila dah cuti? Duduk rumah jeh kotttt. Tak apelah boleh kite putih kan kulit muka kan kan kan? Hohoho. Cuti sekolah ni saya bangun terus ketuk rumah Fika pika then online Facebook and twitter dekat rumah dia. Macam tak ada life kan?

         Then, Dalam pukul 1 ker 2 kerr pergi makan dekat kedai indon depan rumah. Makanan die okaylah. Not bad. Cewahhhh :8 Abg dekat kedai tuh sampai dah kenal dah muka kitaorang. Datang situ jeh mesti dapat air mineral free. Aku tak tahulah apa motif abg tuh. Hoho. Tapi die baik lewwwww jugak! Hihi masa tengah makan tuh saya dengan Fika Pika ade buat video. Tah apa tah aku merapu. Tengok jelah eh? Hihi tak nak tengok dahhhhh.

            .
            Ni Haaaa, abang yang aku cakapkan tadi. Macam perogol misteri pun ade kan kan kan? Hah sorryy  bangg! Tapi itu kenyataan! Hahaha joke joke. Jangan terasa yerrrr? -.-" Yer yer yer? Heh. Lagi satu muka aku memang kelakar. Tak payah bagitau. heheehe

      Lepas dah habis makan kiteorang balik. Kalau dapat motor dari abang aku oleh lew ronda ronda kejap. Kalau tak dapat jawabnya duduk rumah bukak Facebook balik. Bosan kan kan kan? Okay kali dah tiga kali aku cakap kan kan kan? Errrr salah empat kali -.- Hahaha. Hmmmm duduk lah aku dirumah sampai ke petang dan sampai malam. Bila malam menjelma. Aku pun tidur. Dan begitu jugalah dengan hari selanjutnya apabila tak besekolah.

       Okay lewww kawan kawan. Wa dah tak tau nak cerita apa nih. Take a look my video. Sorry kalau macam ter-anonnying sikit. Baet retis ker ape kerr. Cakaplah. Tak kisah! Tak Kisah! Tak kisah! Okay dah baii and Assalamualaikum ;D Oh yerr sebelum tuh muka mula mula aku blur gila! Jangan gelak! hihihi ^^V




Sunday, 25 September 2011

Hari bertuah. Maybe

           Assalamualaikum kepada adik adik, kakak kakak, bapa bapa, ibu ibu siapa yang punya anak bilang aku. Aku yang tengah malu sama teman temanku Okay dahlah tuh, lebih lebih pulak aku rasa. Tadi saya,Fika Pika, dengan Fairuz pergi Wangse Walk. Okay wangse walk jeh kot kan? Tak apalah, tengoklah nanti bila Kl festival dah bukak hari hari saya datang dekat situ menghabiskan duit. Haha. Tak sabar! Okay tadi kitaorang gerak dalam pukol 12.30 setengah. Ayah Fika yang hantar. Sampai sampai saya ajak makan tapi dorang tak nak sebab dorang kata dorang dah makan tadi. Habis aku tengah lapar ni macam mana pulak :/ Lepastuh dorang cakap dalam pukol 3 kita makanlah. Okay act saya tak breakfast pun sebelum pergi wangse walk. Tapi tak apalah bukan mati pun tak makan sehari.

        Hmm, lepastuh kitaorang pergi tempat game. Main punya main rasa bosan pulak terus pergi bowling.  Mula mula nak tengok wayang tapi ramai orang then macam urghhhh. malas jeh. Main bowling! 2 set oh. Sakit sakit tangan aku sampai sekarang oh. Tengah main main bowling nampak Hazwan. Tegur tegur biasa jeh.Untunglah dia awek lawa. hihi Dah habis main bowling dalam 2 setengah gitu pergi makan. Oh makan! Saya memang lapar time tuh Pergi makan popyes. Then dah makan makan tuh memang dah rancang nak pergi karok. Ingat kan 23 ringgit jeh. Alih alih 28. Whoa :O Dah naik oh baru bulan lepas aku pergi 23 ringgit lagi. Bulan ni dah 28 ringgit! Cekit darah gila.

          Masa karok tuh aku berjaya buat suara awie oh. Jangan main main. Tapi dalam kita tiga orang fairuz nyanyi paling sedap oh. Sampai sakit telinga aku dengar. Hihi, Dah habis tuh lepak tangga kejap. Lepastuh tetibe Fika ajak lepak atas pentas wangse walk. Pergi sana, alih alih nampak Black mentor. Oh Shiha mentor pun ada jugak. Act tak sangke gila kay. Pergi sana saja nak lepak, last last jumpa dorang. Okay saya eksaited. Okay mungkin bagi korang Alahhhh, black mentor jeh kot. Pergi mati dengan kau punya alah. habis bagi kau apa jeh artis yang tak ada alah kau tuh? Hihi emo pulak. Sorry sorry.

 
 
          Dengan shiha muka saya okay lagi. Tapi bila dengan black amik kau! Tak boleh cover ayu doh. Muka eksaited gila. Dahlah saya minat dekat black nih. Okay minat. Bukan suka atau cinta. Jangan salaht anggap. hihi ayat bajet bajet artis jeh aku ni. Okaylah cukup sampai sini yerrr. Mama dah bising dah ni guna laptop dari tadi tak berhenti henti. Okay assalamualaikum~

Tuesday, 20 September 2011

Saya Bosan Bosan Bosan!

        Okay. Assalamualaikum siapa jawab Alhamdulilah, Siapa tak jawab tuh entahlah. Saya memang dalam keadaan bosan yang teramat sekarang nih. Tadi masa online Facebook kan boleh sorang budak ni tanya. Nama awak siapa eh? Tak kerrrrr. Haish sabar jelah, die tak nampak ker apa nama aku dekat chat tuh?! Ker tak cukup besar. Haih macam macam lah budak sekarang ni, habis aku ni zaman apa pulak? Hahaha -.- Okay tak kelakar. Hmmm, nak cerita apa ni. Idea tak ade sebenarnya.

        Hmmmm, saya rasakan saya dah minat dekat Aaron aziz lah. Haha camgitu pulak? Hmmm, saya nak   boyprenggg macam dia boleh tak. Okay berangan jelah. Tak ape mak saya cakap kalau berangan tak kena bayar. Kau ingat ape ha? Zaman sekarang ni semua perlukan duit. Masuk tandas pun dah 30 puluhsen sekarang.   Jangan main gile. Okay aphal aku cite pasal tndas pulak ni? Hahaha -.-

         Cukuplah pasal Aaron Aziz. Dan cukuplah pasal tandas walaupun sikit jeh. Okay aku tengah merepek. Abaikan kay? Nak cerita pasal apa eh? Hmmm, Jap dah dapat dah. Masa 2 minggu lepas sekolah ada buat lawatan pergi ke wet world, kilang kek dan muzium negara. Yang paling best pergi Wet world lah. Meh usha gambar sikit ~


Tekan untuk tumbesaran.



        Okay. Kalau sakit hati tengok muka saya yang hodoh tuh tolong rabunkan mata anda atau buat buat tak nampak dah lah yerrr? Gambar yang belah kiri tuh saya dengan Yanie cd. Yanie pun ada nama glamour okay? Dekat belah kanan sya, yanie dengan fairuz. Sorry muka die tak nampak sangat. Hahaha -.-

     Hmmm, Walaupun raya dekat nak habis tapi masih banyak orang buat open house. Bila weekends jeh             mesti pergi situ pergi sini. Minggu ni pun ada lagi. Tapi tak apa saya seronok sebab nanti dapat duit raya. Yeahhh. Minggu Ni ingat nak keluar dengan syu tapi tahu lah aku ni bukannya anak Tan Sri mahupun anak   datuk, oleh sebab itu saya tak ada banyak duit nak keluar minggu ni. Tengok lah kalau mama saya baik hati nak bagi duit dekat saya. Manalah tahu mood dia baik kan? Hoho

Setakat ni. Cukuplah sampai sini. 

Assalamualaikummmmmm~


Sunday, 18 September 2011

Okay. Aku tak tahu apa masalah kau sekarang.

      Assalamualaikum. Tak jawab dosa kalau jawab dapat pahala. Haha -.- okay sekarang saya dalam mood yang tidak menentu. Rasa nak menjeritttt bagi satu dunia dengar pun ada nih. Aku tak tahu apa masalah kau. Okay aku salah biarkan kau tunggu lama lama tapi padahal masa tuh aku dah suruh dorang cepat cepat dan selaju yang mungkin bawak. Kau tahu ker tuh? Lepas tuh aku bawak balik laju jeh tak nak kau tunggu aku lama lama. Aku bukan pergi rumah syu lah bodoh. Sumpah aku tak pergi. Aku nampak die tengah jalan lepastuh aku ajak die pergi flat kalau die nak. Lepas tuh die cakap Oh okay jugak jomlah. Lepas tuh aku sampai flat tetibe kau baling baling pulak dompet aku? Apa masalah kau sebenarnya? Okay aku tahu kau period. Haha -.-" Dahlah aku dah explain dekat sini. Kalau kau baca entry ni aku nak mintak maaf sesangat sangat kalau biarkan kau tunggu aku lama lama. Tapi memang tuh lah benda yang sebenarnya. Aku dah malas nak explain dekat kau lagi suka hati kaulah nak percaya ker tak kay?

     Okay tadi siapa tengok bola. Manchester lwn Chealsea. Abang saya semangat jeh sokong chealsea, last last kalah. Okay saya bukan sokong mana mana sangat pun. Tapi sebab saya minat de gea terus lekat dekat manchester. Tapi dalam hati sya tetap sokong barca lah. Cewaaaah. Hahahaha ^^V 



          Okay itu jehlah kot. Saya dah tak ada idea dah nih. So budak yang bekenanaan lagi sekali aku mintak maaf kay? Aku malas lah gaduh gaduh macam ni. Kejap lagi jumpa masam masam muka. Kejadahnya macam tuh? Dahlah rumah depan depan -.- Okay. Itu jeh assalamualaikum ~

Thursday, 25 August 2011

Persediaan raya. Raya raya raya. Oh eksaitednyaa


         Ha ha ha eksaited eksaited. Okay akibat keterujaan yang amat dalam saya sampai lupa bagi salam. Ish ish ish *sambil geleng geleng kepala* So, assalamualaikum siapa jawab sayang siapa tak jawab tuh lantak korang lah kubur masing masing. Okay semua saya dah beli untuk raya kali ni. Hari ni dah 25 Ramadhan tinggal lagi lima hari jeh nak raya. Oh eksaited nyaaa,  tahun ni raya dekat kampong mama. Eleh kampong mama dengan ayah tak jauh pun act. Tapi disebabkan adik-beradik ayah semua tak balik  terpaksalah beraya dekat kampong mama yang tak semeriah  kampong ayah. Baru berangan angan nak jumpa adik adik sedara semua tapi alih alih dapat tahu angah, along , kak intan semua raya dekat Pahang tahun ni. Oh shitttttt.

         Asalkan dapat raya tak camgituu kerrr? Tahun ni nak raya puas puas nak kumpul duit banyak banyak sebab tahun depan dah pmr. Kena focus dekat pmr jehh lah jawabnyaaa. Duit pulak hujung tahun kerrr bila bila kerr saya nak shopping gila sakan. Lantak lah  

                      takkkkkkkkkkk kiraaaaaaaaaaaaaaaa.

 Oh yaaa,baju raya saya tahun ni warna merahhhh. Lawa jangan jeleesss yerrrrr ada bunga bunga lagi, Ha ha ha tak tahan bunga bunga. Tapi kan nanti mesti saya rindu nak sekolah. Bila sekolah bukak tak nak datang bila cuti ia ia nak datang. Mengada bukan?


              Nanti mulalah saya rindu korang semua. Oh tidak. Mula lah rindu nak gaduh gaduh dengan syu sebab syu act kalah gaduh dengan saya. Ha ha ha mati aku bila syu baca niii. Oh lepastuh mesti saya rindu nak ejek ejek yani. Hmmmmm, lepas raya ni cikgu marzuki dah janji nak belanja kfc tak sabarnyaaaaa. Ha ha ha macam tak boleh beli jehh kan? Tapi sejak saya naik form 1 tak ada sorang cikgu pun pernah belanja saya pape :(


Jangan tanya aku nape aku letak gambar ni sebab aku sendiri pun tak tahu -.-"

   Raya tahun ni saya tak beli kuih raya punn. Semua buat sendiri, sedap oh. Kuih raya yang sepatutnya makan sewaktu hari raya dah pun tinggal setengah akibat saya makan banyak sangat. Sampai kena buat lagi. mama saya memang pandai buat kuihh. Oh i love itt <3  hmmmm, nak cerita apa lagi yerrr? Sudah lah tuhhh banyak banyak pun tak boleh kang menyampah pulak. Okay lewww assalamualaikum.


Tuesday, 16 August 2011

Saya rindu awak. Betul saya tak tipu.

      Amacam entry aku kali ni? Korang pernah buatt. Haaa, tak pernah kan? Ha ha ha ha ha *Gelak bongkak* Okay, abaikan jehlah kay. Assalamualaikum siapa tak jawab dosa kalau jawab sayang. Jawablah kalau awak jawab maknanya awak sayang saya. Tak nak jawab jugak? Lantak lah awak yang dapat dosa. Ayob tak tahu awak dah dapat dosa tak jawab salam saya. Cikgu kita cakap kan kalau orang bagi salam kita kena jawab kalau tak nanti kita dapat dosa lepastuh kalau dah banyak dosa boleh masok neraka.

                                        Sumber : Ustazah Samsiah -.-"
     
           Dia yang bagi tahu saya macam tuh. Dahlah tuh cerita pasal salam jeh punn. Gelabah lah kau ni dohh, Yealahhh aku gelabah kan. Tak apa tak apa tak nak kawan, wekkkk* sambil tunjuk lidah dengan muka perasan comel* Act memang comel. Ha ha ha abaikan -.- Oh yerrrr sebelum tuh saya nak cakap Happy birthday kawan saya yang comel lote Syuhaiza dahari Semoge berbahagia dengan si baby babi tuh walaupun aku tak suka perangai dia tapi aku doa kan lah jugak korang kekal kay? Dah nak dekat 9 bulan kan? Untunglah kan dapat relationship kekal untunglah kan boleh bersayang-sayang tiap hari. Untunglah bila sedih ada orang tolong pujuk. Senang cerita untung untung, Ha ha ha.
   
      Oh tak lupa jugak dekat Ahmad marzuqi Kalau aku ingat raya insyallah lah aku bagi hadiah. Cewahhhh -.- Tapi tak sangka hari jadi hang sama dengan syu. Sumpah baru tahu dohh, Sorry sorry.


Act tuh bukan muka belum mandi. Tuh muka rindu tuh. 
Ha ha ha apa motif aku letak gambar ni pun tak tahu mungkin perasan cantik.

    Okay, aku memang rindu gila dekat kau sekarang ni dah dekat 1 minggu aku tak jumpa kau. Tak lame kerr? Okayy 7 hari lah amcam lama tak? Arghhhhhhhhhh tension ni. Memang lah dah happy bila dah jumpa facebook kau. Tapi aku nak tengok kau yang real punya hari hari baru lah hidup aku berbunga bunga jehh. Percayalah aku rindu kau ni dohh. Sampai termimpi mimpi kau tahu, hmmmm kau mana tahu. Mana kau nii tak kan lah. Errrrr tak mungkin tak mungkin.

  Okay, Dah lah tuh cukup entry sampai sini. Ho ho ho sikit jeh pasal rindu rindunyaaaa. Yelahh tak nak korang muntah darah hijau jakgi bila baca entry ni. Saya harap sangat sangat dapat jumpa awak esok. Betul saya dah rindu awak sangat ni. Ish ish astafirullahalazimmmmmm, Kay lah Assalamualaikum :)




   



Wednesday, 10 August 2011

Ahad oh ahad

    Okay Assalamualaikum siapa tak jawab dosa kalau jawab sayanggg. Okay mood saya sekarang dalam keadaan berbunga bunga. Ya Allah macam orang gila pulak senyum sorang sorang sampai ayah saya cakap "Nape senyum senyum tuh, dah nak kawin kerrr? Lepas tuh saya tak seempat nak cakap apa apa pun ayah saya dah cakap dekat mama saya "Awak, tengok anak awak ni senyum-senyum nak kawin dah anak awak ni" Mak saya pandang saya then cakap macam ni "Biarlah dia dah besar sangat. Okay itu saya geram sangat, ayah saya lah ni arghhhhh benci benci benci. Ehhhh kejap apa motif aku cerita benda benda ni semua? Act tak ada kena mengena punnn. Ha ha ha -.- Oh bersambung pasal mood saya yang tengah berbunga bunga ni act pasal errr pasal alaaaa pasal tuhhh. Okay sakai, kalau nak cakap. Cakap jelah kan?

     Hmmmm, nak cakap lerrr ni -.- Act tadi saya nampak nazmi. Ohmaigoat cakap jugak akhirnyaaa hahaha dah lama gila tak nampak dia sejak akhir akhir ni. Tadi nampak kejap jeh punggg saya turun bawah nak amik surat tengok tengok dekat padang dia tengah duduk sorang sorang macam baru lepas putus cinta jeh saya tengok dia. Ish ish ish kesiannyaaaaa tak apa tak apa aku ada. hahaha tetibe, Tak tau malu gilaaaa kan? Tapi saya geram lah sampai sekarang saya tak jumpa lagi facebook dia. Dia tak ada facebook kerr apa? Baru ingat nak stalker Hahaha. Abaikan -.- Abangg dia punya facebook saya jumpa tapi dia punyaaaa? Urghhhhh tension tension.


     Gambar lama. 
    Tak payah pandang lama lama nanti mata boleh buta ohh. Okay aku perasaan yang korang pandang gambar saya lama lama. Okay silalah boooo sayaaa. Saya tak kisah saya redha hahaha macam mintak simpati jeh aku rasa. hahaha -.- Abaikanlah. Okay entry saya tulis ahad oh ahad kan? Act sebenarnya hari ahad ni saya nak pergi buka dekat luar dengan fika pika. Bestnya bestnya tak sabar ohhh, dapat jumpa pungg tak apalah. Tak kisah pungg dapat tangkap gambar kerr tak sebab mesti ramai gila dekat sana nanti kan fika pika? Ho ho ho ho, Nanti abang manalah pulak yang nak tolong tangkapkan gambar kita fika? Ha ha ha , sakai doh aku ni. 

Jomlah lah ramai ramai pergi bukak puasa dengan Jozan. 

Tak sabarnyaaaaaaa. Okay sabar separuh dari iman aku tahu. Hahahaha sakai -.-  Dahlah tuhh cukuplah sampai sini takot korang menyampah pulak kan? Okay okay saya faham. *Sambil angguk angguk kepala* Assalamualaikum tak jawab dosa.


Saturday, 6 August 2011

Ainan Tasneem

    Okay Assalamualaikum siapa tak jawab dosa kalau jawab sayangg. Okay siapa itu ainan tasneem? Dia ada nyanyi dekat youtube. Ohmaigoat suara dia comel. Suka sangat dengar dia nyanyi awwww-some gila. Okay tipu dia tak gila kay? Saya yang gila dekat suara dia. Tak percaya kerr? Awak ingat saya bohong kerrrr? Oh tidak tidak. Jom dengar jom

 
   Yeah ini ini cubalah dengar sampai habis. Suara dia comel plus awwwww-some. Suka sangat sangat, haha aphal dengan aku ni? Okay mana saya jumpa dia? Masa tuh saya tengah tengok lagu najwa latif tajuk cinta muka buku lepas tuhh ternampak dia ada cover lagu tuhh, Try bukak then terus lekat dengannya. Oh sala bukan dengannya dengan suaranya :) Lepas tuh mula lah cari video video dia yang lain then terjumpa lagu dekat atas ni. Oh sedapnyaaaaaa ;D ha ha ha cuba dengar pulak lagu najwa latif yang dia cover. Perghhhhh dengarlah dengarlah. Ha ha ha


Sedap bukan? Dah agak dah. Suara dia sedap muka dia lawa pandai main gitar pulak tuh. Oh jelesnya sayaaaa, hahaha -.- abaikan. Ini link facebook dia, Ainan tasneem  tekan like kay? kita sama sama sokong dia kay? Sebab suara dia Ya Allah saya tak tahu kenapa saya suka sangat sangat.

Haha dah lah tuh saya dah ngantok lah. Nak tidur duluuuuu, baiiiii :) Oh bukan bai lah assalamualaikum siapa tak jawab dosa kalau jawab sayang kay. Daaaaaaa Zzzzzzzzzzzz
   

Thursday, 4 August 2011

Entri untuk awak

   Assalamualaikum siapa tak jawab dosa kalau jawab sayang :) entri ni siapa nak baca boleh baca siapa tak nak atau tak sanggup baik tak payah. saya takut nanti korang semua akan muntah darah hijauuuu. Ewwww macam mana tuh? Dah dah saya nak cerita ni.

   Awak, saya dah lama suka dekat awak sejak dari darjah empat lagi. Masa tuh awak datang hari sukan sekolah rendah saya. Awak ingat tak? Lepas tuhh awak senyum dekat saya. Saya tahu saya perasaaaaan tapi saya tetap anggap awak senyum dekat saya jugak. Tak kira tak kira * Sambil hentak hentak kaki* haha

  Awak, kalau awak nak tahu kan. Kalau saya Nampak awak jehh mesti saya rasa macam nak pandang jeh lama lama. Ya allah maksiat tuhhh. Ha ha ha ha tapi kenapa awak tak pernah nak senyum dekat saya macam awak senyum dekat sekolah rendah saya masa tuh. Sumpah saya Nampak awk senyum. Tapi tak tahu lah dekat siapakan. Hihihihi. Bila awak senyum awak Nampak handsome :) awwww. haha

   Hahaha awak ingat tak saya pernah belikan awak keropok lekor. Masa tuh awak suruh badrul belikan kan? Tapi badrul Nampak saya macam nak pergi kedai yang sama so die suruh saya belikan sekali untuk awak. Ingat tak? Hahahaha Tah tah awak tak perasan punng yang saya belikan keropok lekor tuh untuk awak. Sedih :|

   Tapi kan awak, kadang kadang saya rasa sakit hati tengok awak sebab masa tuh saya tengah dating dengan tuttttt. Lepas tuh betul betul depan saya awak mintak nombor sorang perempuan ni. Kalau nak mintak pun janganlah depan saya sebab nanti saya sedih. *kay, itu jiwang*

    Lepas tuh pernah jugak abang saya cerita dekat saya yang awak ajak abang saya hisap rokok. Haishhh itu saya geram sangat. Kalau nak hisap tuh hisap lah janganlah nak ajak abang saya. Nanti kalau mati abang saya macam mana? Awak boleh ganti kerrr? Saya tak suka orang merokok. Ha ha ha kesah?

    Tapi itu dulu kan? Sekarang saya tengok awak macam dah baik jeh yerlah awak pun dah habis sekolah kan. Mesti awak dah matang. Matangggg? Haha ha maksud saya. Mungkin dia dah tau yang mana betul yang mana salah. Kalau tak tau lagi. Hmmm, entahlah. Abang saya cakap umur awak dah 19 tahun kan kan? Hahaha saya ni macam stalker pulak.

    Abang saya pernah cerita pasal awak yang awak suka sangat tengok maharaja lawak. Lepas tuhh abang saya cakap bila awak tengok amir perfom jeh mesti awak gelak gila gila. Lepas tuh awak cakap dengan abang saya yang amir patut menang sebab bila awak tengok amir jeh mesti awak gelak gila kuat kan. Kelakar lah saya dengar. Ha ha ha ha. Yeah amir memang patut menang pun. haha -.-

    Saya selalu sangat Nampak awak balik dari masjid al-syakirin. Okay, tak semestinya orang sembahyang ni baik kan? Tapi saya rasa awak baik. Saya tak tahu kenapa saya cakap macam tuh. Tadi pun saya Nampak awak pergi sembahyang terawih. Saya pandang awak tapi awak tak pandang saya pun. Kenapa kenapa? Hahahahaha okay. Saya memang perasan.

    Lepas tuh awak ingat tak yang awak pernah ketuk pintu rumah saya nak jumpa abang saya. Tapi saya yang bukak. Ha ha ha lepas tuh awak cakap”errr, abang ada? Saya cakap hmm ada kejap. Ingat tak ingat tak? Mesti tak ingat kan? Sedih lagi :|

    Awak, saya suka sangat tengok awak main bola dekat padang. Lepas tuh saya teruja sangat bila awak buat bola tuh pusing pusing atas tangan awak. Saya try buat tapi rasa macam nak patah jeh jari. Hahaha awak dulu bendahari kelab bola sepak kan? Ha ha saya tahu. Sebab masa tuh saya tengok majalah sekolah abang saya ada gambar awak. Hihihi

    Haha awak ingat tak ada budak kacau awak cakap nak kenal? Haha sayalah tuh perghhh mangaku siot. Haha Malu nyaaaaa, malu nyaaa sambil tutup muka. Kay, tuh gedik -.-  Masa tuh saya baru darjah 5 kerr 6 . Biasa lah budak budak tak fikir panjang. Saya dapat nombor awak dalam handphone abang saya. Yang saya tak sangka nyaa awak layan. Tapi awak layan pun macam nak tak nak. Selamat saya tak bagi tahu siapa saya dekat awak kalau tak perghhh malu gila. *P/s: Dulu yerrr bukan sekarang. Saya memang ada nombor awak pun. Tapi nak buat apa kacau macam terhegeh hegeh pulak.

     Lepastuh awak ingat tak yang awak ada  tangkap tangkap gambar dekat buaian sorang sorang hahaha kelakar lah tapi Nampak comel jehhh. Ewwwwwwwwwwwww tak sangka saya akan cakap macam ni. Bluek okay dah muntah. Ha ha ha,

      Lagi satu, masa tuh awak keluar dengan keluarga awak. Saya pun keluar jugak dengan keluarga saya, Kereta ayah saya belakang kereta ayah awak. Awak perasan tak? Ha ha ha tak perasan pun tak apa :) tapi yang pelik nyaaaa saya balik awak pun balik jugak. Tapi kali ni kereta ayah saya yang depan. Ho ho ho

      Tapikan sampai sekarang saya tak tahu yang awak dah awek ker belum. Kenapa saya tak tahu benda yang penting tuh ha? Kalau lah awak dah ada gelfren aduh maknanya saya tepuk sebalah tangan jelah. Tapi saya tak pernah pun Nampak awak kuar dengan gelren ker apa yang saya selalu Nampak awak asyik keluar dengan lelaki jeh sampai saya dengan syuhaiza ingat awak gay. Ha ha ha, Mungkin awak tak nak tunjuk tunjuk kut. Manalah tau kan?

      Okay cukuplah sampai sini. Tapi saya nak awak tahu yang saya suka sangat sangat dekat awak. Kalau boleh saya nak awak tahu tuh. Saya macam nak bagi tahu jeh tapi malulah saya kalau saya cakap saya suka awak kan? Tapi tak mungkin terjadi kutt, perempuan tak boleh terhegeh hegeh dekat lelaki yang tak suka dekat die. Betul tak? Hahahaha,* tetibe aku terasa bajet pulak*Oh yer , bajet itu belagak. Sorrry bahasa bahasa malaysia saya memang teruk. huh -.- Tapikan awak dapat luah dekat sini pun jadilah. Sebab saya tahu awak tak akan pernah baca punya.  Ha ha ha So Assalamualaikum siapa tak jawab dosa kalau jawab sayang :)